Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Walaupun esok 1 Syawal, Liga Perdana Inggeris(EPL) tetap tak boleh lupa. Mesti ramai die hard fan EPL yang tengok jugak perlawanan pertama musim. Nak tahu team punya first impression la katakan. Kat bawah ni jadual perlawanan EPL untuk minggu pertama. Team yang korang sokong lawan team mana? Team kesayangan aku, Liverpool FC, lawan West Bromwich Albion.
Waktu yang ditunjukkan dalam jadual kat atas adalah dalam waktu UK. Kalau nak tau waktu kat Malaysia, tambah 8 jam dari waktu kat atas. Tapi tak boleh jugak sentiasa kena tambah 8 jam. Mulai Mac-April dan berakhir antara September-November, korang kena tambah 7 jam je sebab Daylight Saving Time(DST). Nanti kalau silap tambah, terlepas lak sejam perlawanan team kesayangan korang tu.
Bola, bola jugak. Tapi dalam minggu Aidilfitri ni, lebih baik utamakan raya. Duduk bersama adik-beradik, sanak saudara. Jangan dok tengok televisyen je. Tengok Livescore sudah. Boleh jugak tahu pemain mana yang skor gol ataupun kena kad. Tu pun sudah memadai.
EPL untuk musim 2012-2013 ni bakal menggunakan bola Nike Maxim. Reka bentuk bola ni antara yang tercantik pernah Nike keluarkan selepas bola Nike Seitiro untuk musim 2011-2012. Serius cantik. Rasa macam nak beli je satu.
Apa-apa pun pastinya saingan musim ni akan jadi lebih sengit dengan ramai pemain-pemain baru yang dibawa masuk oleh team-team EPL musim ni. Sama ada pemain dalam liga EPL sendiri ataupun liga-liga yang lain, semuanya hebat-hebat belaka. So, enjoy.
P/S : Robin van Persie ke Manchester United boleh disamakan macam Fernando Torres ke Chelsea.


