Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Zaman sekarang ni, selain Facebook, Twitter dah jadi makin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi konsep Twitter ni jauh beza dengan Facebook walaupun berkongsi fungsi yang sama iaitu bersosial.
Mesti ramai antara korang yang ada akaun Twitter kan? Kalau ada, mesti la kena ada pengikut(followers). Kalau akaun Twitter tak ada followers, seolah-olah macam makan nasi kosong tanpa lauk. Haha.
Kat sini aku nak tunjukkan cara-cara macam mana korang boleh tahu status followers korang sama ada followers tu yang betul, tak aktif ataupun palsu.
- Navigasikan diri korang ke fakers.statuspeople.com. Klik “Connect to Twitter”.

- ‘Authorize App’ kat page Twitter korang. Pastikan korang dah log masuk akaun Twitter korang kat browser.

- Pastu isikan username akaun Twitter korang. Dalam masa beberapa saat, laman web tu akan tunjuk peratusan followers korang sama ada ‘Good’, ‘Inactive’ ataupun ‘Fake’.
Kat bawah ni keputusan status followers aku : 
- Ok la tu hanya 2% bersamaan 3 atau 4 followers aku yang ‘fake’.
Aku cadangkan korang kena cuba benda ni. Mana la tau followers ramai tapi syok sendiri je sebab ramai followers palsu. Macam followers akaun Twitter pemimpin negara kita yang korang sayang sangat tu. Kah3!!!
Bila korang dah buat, kongsi la status followers Twitter korang kat bawah ataupun komen kat Facebook. Jangan lupa follow Twitter aku.
Sumber rujukan : BlogSerius
